Suasana bening pagi hari seakan membisikkan kesyahduan detik keampunan Allah telah bermula di 10 Ramadhan Kedua ini.
Kelihatan dalam samar-samar kabus pagi, beberapa ekor ayam mula mencatat diari hidup baru mereka dengan aktiviti-aktiviti rutin yang mungkin lebih bermakna dari seorang insan muslim yang terus lalai dengan kehidupan tanpa makna walau berada di gerbang KEAMPUNAN TUHAN!

TARIKH HARI INI
PENDAFTARAN WARIS TOK EMPAT MAMAT
NASYID FM
DIARI HIDUP SAYA
MEMERHATI TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH DI SABAH
Damainya subuh hari
Tuesday, September 1, 2009Posted by Borhan bin Aripin at 10:34:00 AM 0 comments
Labels: Poster Pilihan
Indahnya bahasa alam
Wednesday, August 12, 2009Sejenak menikmati mesej dari kuntuman bunga-bunga kertas ...

Bertemakan: Semarak Cinta Hati, bonzai yang dibina pada feb 2009 lalu menampakkan hasil yang boleh dibanggakan.Mendapat pujian pengunjung, mempunyai elemen-elemen terapi minda dan jiwa.
Banyak lagi bonzai dengan tema tersendiri akan menyusul tidak lama lagi.
Terima kasih.
Posted by Borhan bin Aripin at 8:46:00 AM 0 comments
Labels: Poster Pilihan
IPGMKTAA BOLEH!
Monday, August 10, 2009Cantiknya, ada class la!
Demikianlah hebatnya pemandangan pertama yang menjadi halwa mata kepada setiap yang berkunjung ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Pemandangan ini turut menggambarkan kehebatan wawasan Edu-Tourisme yang diilhamkan oleh pengarahnya, Dato Mazlan Mohammad. Secara peribadi, saya amat yakin bahawa gagasan yang diwar-warkan itu mampu direalisasikan dengan jayanya melalui komitmen tinggi dan kerjasama erat seluruh warganya.
Selamat maju jaya
IPGMKTAA BOLEH!
Posted by Borhan bin Aripin at 1:22:00 PM 0 comments
Labels: Poster Pilihan
